DEBARAN SEORANG IBU  

Posted by Anis in

MENJELANGNYA PEPERIKSAAN PMR 2009


Satu hari lagi PMR akan bermula.. Aku rasa berdebar2 sangat-sangat... Maklumlah hero aku Amirul kan nak ambik PMR (start on 7hb Oct ni...) Dah dekat 2 minggu tido aku tak lena.. Ni lah debaran seorang ibu.. Aku cuba tenangkan fikiran... tarik nafas panjang-panjang... lega sekajap jer.. Pastu bergoncang balik jantung aku.. Agaknya dulu masa aku nak SRP & SPM mak pon ada perasaan macam aku... Sekarang barulah aku tau macamana rasanya perasaan seorang ibu menghadapi saat2 yang penting dlm hidup anaknya....Aku salute pada emak boleh menghadapi semua ni utk 11 orang anak... Luv u mak.. Kepada adik-adik dan sesiapa saja yg belum pernah melalui pengalaman ini mungkin tak dapat membayangkannya... Dulu semasa Amirul UPSR aku pon ada perasaan yang sama.. tapi taklah sehebat macam ni.. Mungkin tak sebesar peperiksaan PMR..


AMIR.. Ibu berdoa semoga Abang Amir dapat menempuhi peperiksaan PMR ini dengan tenang.. Semoga apa yang telah diajar oleh guru-guru dapat dimanafaatkan oleh Abg.Amir.. Ibu sentiasa doakan Abg.Amir berjaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang... mudah-mudahan Abg.Amir boleh dapat 8A... Aminnnn.....



                                                        M.Amirul Rasyid (my only son)


Amir, Semoga kejayaan sentiasa mengiringi Abg.Amir... Kaulah satu-satunya anak lelaki Ibu & Ayah.. Dan Kaulah satu-satunya harapan Ibu & Ayah untuk menjaga adik-adik yang ada...Ingatlah... Ibu & Ayah sentiasa menyayangimu.... 

GOOD LUCK TO MY DEAREST SON...

This entry was posted on 05 Oktober, 2009 at 2:20 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Catat Ulasan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics