Hmmm… ada lagi gambar yang nak dikongsikan kat blog ini…
JOM LAYAN LAGI…
Ye betul !!! Inilah Muhammad Amirul Rasyid
Lama betul rasanya tak update blog…Tak sempatlah… Lagipun tak ada cerita yang best nak dikongsikan… Semalam mengemas gambar2 lama. Jumpalah pulak beberapa keping gambar yg boleh diabadikan kat blog ni..
JOM LAYAN GAMBAR-GAMBAR NI…
Gambar ni masa Razak daftar kat UTM
he he kurusnye kita-kita yek…
Gani mmg suka sgt telengkan kepala….
Cik Olen & Cik Ola tu posing-posing pulak
THE POWER PUFF GIRLS
Inilah anak-anak perempuan aku.. 3 orang semuanya..Macam Power-Puff Girl!!! Merekalah penawar suka & duka aku ngan Abang… Selalu bertekak, bergaduh, bergurau…. Semua dibuatnya..
Nur Addina HannaAku mulakan cerita dengan Nur Addina Hanna ataupun K.Ngah berumur 10thn.. K.Ngah seorang yang selamba.. Cakaplah apa pon pasal dia… dia boleh buat tak tau jer.. nak kutuk?? nak dengki?? nak marah?? semua dia buat tak kisah.. Selalu gek aku naik angin kat K.Ngah ni.. apa taknye… kalau kita cakap dia boleh buat tak tau aje… Lagi satu dia ni tak fokus… Kita suruh lain… dia pegi buat yang lain pulak… Aduh!!! tengsen betollah K.Ngah ni… Tapi walaumacamanapun ada bagusnya K.Ngah ni.. bab makan… dia ni tak kisah.. Kasiklah makanan apa pon… semuanya dia belasah.. Janji perot kenyang… Walaupun K.Ngah macam tu sikapnya.. aku ngan Abang tetap sayangkan K.Ngah.. sapalah yang tak sayangkan anak…
Kalau nak cerita pasal K.Ngah ni panjang bebenorlah pulak.. Aku ringkaskan sikit-sikitlah… Masa aku beranakkan K.Ngah dlu taklah susah sangat.. Kata orang kembar air… tak sakit sangat.. sakit2 biasa aje… tapi selepas K.Ngah melihat dunia bermulalah kehidupan aku yang penuh penyesalan masa tu… Aku dah keluar air 3 hari.. tapi tak rasa pulak nak bersalin.. pegilah klinik biasa.. Doc kata belum nak bersalin.. Aku yg tak ada experiance kembar air ni dengan bodohnya pon ikot ajelah kata Doc.. Dan dengan setianya kat majikan.. aku pon pegi keja.. bayangkanlah… aku pegi keja dengan pakai diapers org tua… tak ke keja gila tu!! dengan perut yg memboyot… bawak baju spare lagi pegi opis.. at last dah tak tahan aku 1/2 day dan pegi klinik lagi… kali ni gi klinik bersalin swasta.. Doc siap tanya aku nk bsalin kat mana? aku kata kat hospital kjaan… Agaknya Doc tu bengang sbb aku tak nak bsalin kat klinik dia.. So dia kata bila aku rasa sakit baru pegi hospital.. aku ni sangat2lah bodoh masa tu… ikot lagi cakap Doc… balik rumah.. air makin banyak keluar.. mlm tu sakit perot pukul 11++ terus pegi hospital.. Aku demam masa tengah sakit2 nk bsalin… tengah sakit nak “push” sempat lagi Doc bagi aku telan panadol… Alhamdulillah aku selamat melahirkan K.Ngah pukul 1.30… Tapi K.Ngah demam.. temperature 39+.. masuk dlm SCN(ICU kanak2) … Doktor marah kat aku kenapa dah keluar air 3 hari tapi tak pegi hospital.. Aku dah tak de kata2 lagi masa tu… badan lemah.. nak nangis pun tak larat.. Abang dtg besok paginya bawak aku tengok K.Ngah… Ya Allah.. penuh wayar kat badan K.Ngah.. airmata aku memang tak boleh dibendung lagi.. aku nangis & nangis & nangis… Aku manyumpah seranah Doc yang bangang kat klinik swasta tu.. Celaka punya Doktor.. Yang buat aku stress sangat2 Doc ckp harapan K.Ngah cuma 50-50 aje masa tu… Ya Allah… dugaan apalah yg kau berikan pada aku.. Namun aku berterimakasih pada keluarga yang banyak menyokong aku ketika itu.. terutama suami, mak & abah.. Terima kasih sangat2.. tak lupa kepada adik-adik aku juga…
Sekarang, Alhamdulillah… K.Ngah sihat walafiat macam kanak-kanak yang lain… Semua yang berlaku jadi pengajaran yang paling berharga dalam hidup aku….
Yang ni pulak Nur Alya Umairah ataupun Kakak(aku suka panggil Krinting..he he) berumur 7tahun..Rambut kerinting..Gigi macam arnab..hehe sori kakak… Kakak pulak seorang yang agak ringan tulang.. Tapi kekadang2 ada angin kus kus jugak.. Tapi di antara 3 org Power-Puff Girls kira kakak ni boleh diharaplah… suka tolong aku ngan abang.. Kakak sangat sayang kat adik(Amalia).. kalau balik sekolah dia tak pernah lupa belikan jajan untuk adik.. Adik pon lebih rapat ngan kakak dibandingkan dg K.Ngah.. Kakak boleh dikatakan seorang budak yang agak cergas.. Pantas bergerak..
Ada orang kata muka kakak macam Cik Olen(adik aku)…Hmmm..aku tengok gambor2 Cik Olen masa kecik memang ada iras-iras muka kakak…Kira kakak ni klon Cik Olen lerr….Kakak pon memang agak rapat ngan Cik Olen..Jadi nak tau muka kakak bila dah besar nanti tengoklah muka Cik Olen sekarang..
Lagi satu… kakak ni pandai mengurut.. Bila sakit2 badan & rasa penat aku ngan Abang selalu suruh kakak urut.. Memang berasa tangan kakak mengurut.. Sedap jugak urutan kakak.. Hilang jugaklah sakit kepala….Hmm… ni pon ada baka dari Cik Olen jugak ni… Nampaknya memang ada beberapa persamaan kakak ngan Cik Olen…
Nur Amalia Dayana
Hmmm… yang last ni Nur Amalia Dayana(Adik)..berumur 4thn++.. Biasalah anak bongsu ni ragamnya lain sikit.. manja lebih sikit… ngada2 pon lebih sikit…semuanya lebih sikit… Tapi tak pe… anak bongsu…( kan adik kan…) Dari segi iQ pon aku rasa lebih sikit kut… sbb apa aku cakap macam tu.. Adik ni lebih terror men”setting” h/p aku berbanding 2 orang kakak-kakaknya.. Adik juga yang mengajar K.Ngah & kakak tukar wallpaper, ring tone & yg lain2 setting kat dlm h/p aku tu.. walhal aku tak pernah ajar dia pon… aku geram aku letaklah password… tapi dia pon boleh bukak password aku… Aduh!!! Ibu tak tau nak buat macamana lagi… lantaklah ko nak…. buatlah apa pon… asalkan h/p ibu tak rosak….
Dari segi attitude adik ni seorang yang tak suka berterus terang… kalau dia dah merajuk..mulalah muncungkan mulut… kalau nak ikat reben pon bole kat muncong mulot adik… tanyalah kat adik ni sampai berbuih mulot kita dia buat dek aje tak nak cakap kenapa dia nangis ke.. merajuk ke.. apa-apa pon ajelah… kita yang bersusah payah cari sebab kenapa dia merajuk… Hadoi!!! Nasib baik anak bongsu….layan ajelah… selagi kita tak pujuk & tak jumpa sebab kenapa dia merajuk/nangis sepanjang masa tulah dia nangis…. Errrggghhh… Tapi tak apa… Ibu sayang adik…
Paling ibu geram bila adik ngan kakak start main pondok-pondok… Ya Allah… habis semua anak patung, bantal, mainan, tudung, towel & macam2 lagilah… habis bersepah satu rumah.. mulalah mulut ibu macam tarzan…(Kakak!!!!! Adik!!!! kemas!!!!!).. mulalah kakak & adik menjawab (Yelah Bu… nanti kitaorg kemaslah…)”Kalau tak kemas.. siap semua orang… tak boleh makan..tak boleh ikut ibu jalan2..)Bila ibu dah jadi tarzan mulalah diaorang kemas… wah nampak bersih jugak diaorang kemas… tapi bila ibu tengok kat dalam bilik… lagi sekali (Kakak!!!! Adik!!!!… ni kenapa campak semua kat dalam bilik… kenapa tak susun!!!! erggghhhh!!!)… Tu lah perangai budak-budak… Nak marah sangat2 pon tak boleh… Dah namanya pon budak… terpaksalah Ibu kemas semula….
Tapi kan… bila anak-anak demam.. sunyilah pulak… kesian tengok diaorang melepek.. baring jer… masa tu bilalah anak-anak aku ni nak ketawa2 lagi.. bilalah nak main2 lagi…bilalah nak makan… Hmmm agaknya semua Ibu2 & Emak2 macam aku jugak…
Anak-anaklah penawar suka & duka kita… Tanpa anak-anak apalah maknanya hidup kita…
UNTUK ANAK-ANAK IBU & AYAH .. AMIR, ADDINA, ALYA & AMALIA… IBU & AYAH SANGAT-SANGAT SAYANGKAN ANAK-ANAK SEMUA…
MENJELANGNYA PEPERIKSAAN PMR 2009
AMIR.. Ibu berdoa semoga Abang Amir dapat menempuhi peperiksaan PMR ini dengan tenang.. Semoga apa yang telah diajar oleh guru-guru dapat dimanafaatkan oleh Abg.Amir.. Ibu sentiasa doakan Abg.Amir berjaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang... mudah-mudahan Abg.Amir boleh dapat 8A... Aminnnn.....
M.Amirul Rasyid (my only son)
Amir, Semoga kejayaan sentiasa mengiringi Abg.Amir... Kaulah satu-satunya anak lelaki Ibu & Ayah.. Dan Kaulah satu-satunya harapan Ibu & Ayah untuk menjaga adik-adik yang ada...Ingatlah... Ibu & Ayah sentiasa menyayangimu....
GOOD LUCK TO MY DEAREST SON...
RAYA RAYA RAYA
me & hubby Amirul, Abang, Me, Addina, Alya & Amalia
Tahun ni buat pertama kalinya kami sekeluarga berhari raya di rumah pusaka keluarga suamiku(Dahlan bin Kasman). Dan ini juga pertama kalinya malam raya aku masak sorang-sorang...(hu hu hu sedih ada... seronok pon ada..) yelahkan... kalau tahun2 sblm ini aku masak ramai-ramai dg adik2 dimonitor oleh mak... tapi tahun ni aku sorang2 lah pulak... tak pe... ni satu pengalaman baru buat aku... penat jangan cerita lah... macam nak tercabut kaki aku ni... ingat nak stay overnite tak tidur... tapi tak boleh tahanlah pulak mata... at last terlelap jugak 1.30am.. 4.30am dah bangun semula... at least dapat jugak rehatkan badan & lelapkan mata... Aku masak yg biasa2 aje... ketupat segera, rendang daging(tak menjadi sangat... kesian...), sayur lodeh, kuah kacang, ayam goreng madu... kira ok ok ajelah... nampaknya hubby & anak2 pon nampak kenyang makan...Tapi sayangnya tak ada gambar lah pulak nak di upload.. tak pe... lepas ni simpan duit & beli camera... yang kecik pon tak apalah...janji ada...
Selepas sembahyang raya kami sefamily ke rumah emak... tak sempat nak menjamah masakan kat rumah emak.. sedih sangat-sangat sebab sepanjang aku jadi anak emak tahun ni pertama kalinya aku tak makan kat rumah emak masa hari raya... dah raya ke-5 barulah aku dapat menjamah sisa2 rendang yang ada..sedih ni.. Nampaknya tahun depan strategi raya aku kena ubah... tahun ni planning tak berapa cantik... tak pe... ni kan first time beraya sendiri... Insyallah selepas ni jadi lebih baik & teratur...
Seperti biasa kami bermaaf-maafan sesama keluarga... sedih juga sebab tak semua yang ada.. tahun ini cuma aku & family, Eley family & adik-adik yg bujang je yg ada(cik Olen,cik Ola, Gapar & Apis)...Mamat, Razak, Faizul & Ayu beraya kat rumah mertua masing-masing..Cik Gani pulak diperantauan(Korea).. Insyallah tahun depan semuanya ada..
Noren, Eley, Me & Nora Adik bradik yg ada di pagi raya dg Mak &Abah
Assalamualaikum....
Akhirnya berjaya jugak menghasilkan satu blog sendiri. Walaupun hasilnye tak secanggih blog2 lain...tapi Alhamdulillah... bole laa jugak.... Blog ni pon saja-saja untuk suka-suka mengisi masa lapang.. Bole la jugak untuk meningkatkan daya kreativiti & supaya tak buta IT... Kepada adik-adik yang banyak membantu terimakasih kakak ucapkan...
Kepada yang tidak mengenali saya salam perkenalan diucapkan.... Dan kepada sesiapa yang mengenali saya silalah layari blog saya ni sekerap mungkin...
SALAM PERKENALAN UNTUK SEMUA....
Make your own Glitter Graphics
Assalamualaikum
- Anis
- Muar, Johore, Malaysia
- Terimakasih kepada sesiapa yang sudi melayari blog saya
Arkib Blog
Masa itu Emas
Get your own Digital Clock
Jom Sembang
Blog Famili Saya
-
Mari Berkebun - En Suami dah siapkan kotak sayur seperti yang diidamkan. Terima kasih ya, doakan kita berjaya menikmati hasil kebun sendiri nanti. Untuk permulaan, aku cu...7 tahun yang lalu
-
Minggu peperiksaan Sek Agama bermula.. - [image: 2012-03-30 14.18.14] *Assalamualaikum,alhamdulilah berkesempatan mengupdate lg,tentu ada yang berjalan2 @menghadiri majlis2 kenduri dihujung ming...12 tahun yang lalu
-
2010 in review - The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health: The Blog-Healt...14 tahun yang lalu
-
Apa tanggungjawab kita? - Assalammualaikum Apa yang kita mampu untuk membantu saudara-saudara kita di sana, di Palestin, di Iraq, di Aghanistan, di Somalia, di Bosnia, di selatan ...14 tahun yang lalu
-