RAYA RAYA RAYA
me & hubby Amirul, Abang, Me, Addina, Alya & Amalia
Tahun ni buat pertama kalinya kami sekeluarga berhari raya di rumah pusaka keluarga suamiku(Dahlan bin Kasman). Dan ini juga pertama kalinya malam raya aku masak sorang-sorang...(hu hu hu sedih ada... seronok pon ada..) yelahkan... kalau tahun2 sblm ini aku masak ramai-ramai dg adik2 dimonitor oleh mak... tapi tahun ni aku sorang2 lah pulak... tak pe... ni satu pengalaman baru buat aku... penat jangan cerita lah... macam nak tercabut kaki aku ni... ingat nak stay overnite tak tidur... tapi tak boleh tahanlah pulak mata... at last terlelap jugak 1.30am.. 4.30am dah bangun semula... at least dapat jugak rehatkan badan & lelapkan mata... Aku masak yg biasa2 aje... ketupat segera, rendang daging(tak menjadi sangat... kesian...), sayur lodeh, kuah kacang, ayam goreng madu... kira ok ok ajelah... nampaknya hubby & anak2 pon nampak kenyang makan...Tapi sayangnya tak ada gambar lah pulak nak di upload.. tak pe... lepas ni simpan duit & beli camera... yang kecik pon tak apalah...janji ada...
Selepas sembahyang raya kami sefamily ke rumah emak... tak sempat nak menjamah masakan kat rumah emak.. sedih sangat-sangat sebab sepanjang aku jadi anak emak tahun ni pertama kalinya aku tak makan kat rumah emak masa hari raya... dah raya ke-5 barulah aku dapat menjamah sisa2 rendang yang ada..sedih ni.. Nampaknya tahun depan strategi raya aku kena ubah... tahun ni planning tak berapa cantik... tak pe... ni kan first time beraya sendiri... Insyallah selepas ni jadi lebih baik & teratur...
Seperti biasa kami bermaaf-maafan sesama keluarga... sedih juga sebab tak semua yang ada.. tahun ini cuma aku & family, Eley family & adik-adik yg bujang je yg ada(cik Olen,cik Ola, Gapar & Apis)...Mamat, Razak, Faizul & Ayu beraya kat rumah mertua masing-masing..Cik Gani pulak diperantauan(Korea).. Insyallah tahun depan semuanya ada..
Noren, Eley, Me & Nora Adik bradik yg ada di pagi raya dg Mak &Abah
This entry was posted
on 30 September, 2009
at 9:01 PG
and is filed under
Raya
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.